Bengkel Baca Cerpen Kanak-kanak

12 06 2009

Objektif

  1. Memberi tujuk ajar dan latihan praktikal kepada kanak-kanak mengenai teknik membaca naskhah cerpen secara berkesan di pentas
  2. Mengisi aktiviti Kelab Membaca Sinar Pintar, Perpustakaan Negara Malaysia
  3. Memasyarakatkan sastera dengan memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan kanak-kanak pelbagai kaum
  4. Membudayakan baca cerpen dengan meneruskan tradisi baca cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan
  5. Mencungkil bakat kanak-kanak yang boleh ditonjolkan dalam pelbagai acara baca cerpen anjuran Kavyan, PNM dan pihak-pihak lain
  6. Mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan ke arah pembinaan Bangsa Malaysia

Tarikh: 5 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi – 12:30 tengah hari
Tempat: Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Pendaftaran: 012-3368142 /
uthayasb@yahoo.com.my

* Maklumat lanjut, sila tekan SINI.